Friday, July 17, 2009
Dah lama sebenarnya aku tidak ke sini. Bro_shy merupakan tempat santai aku sekian lamanya. Boleh dikatakan laman web dan blog pertama aku. Memang bersejarah. Sedih sebenarnya kerana ini adalah entry terakhir aku disini. Maafkan aku.
Pada ketika ini, aku sudah memulakan langkah memulakan hidup baru. Aku sudah bekerja baru. Ina pula sudah tiada dalam hidup aku lagi dan aku pun tidak ambil pusing lagi apa yang berlaku pada dia. Itu keputusan dia, jika terjadi apa-apa, biarlah dia sendiri bertanggungjawab. Aku hanya dengan hidup ku.
Kini, aku masih sendiri namun boleh ku katakan aku punyai orang yang agak istimewa. Aku sedang menanti jawapan darinya. Yang pastinya, dia bukan pilihan terakhir aku namun dia pilihan aku dari pilihan-pilihan yang lain. Ternyata dia pilihan istimewa aku. Yang pasti dia bukan ina lagi. Dia adalah seseorang yang aku ingin hidup selamanya kerana Allah.
Aku tak banyak masa disin untuk mencoret. Teman-teman doakan aku berjaya dalam hidupku. amin
Posted at 05:09 pm by bro_shy
Monday, October 30, 2006
setelah sekian lama aku menulis di broshy.blogdrive.com, teringin nk kembali disini. Disana...aku rasa tak puas nk bercerita. tambahan lak ramai yg aku kenal dh tau pasai blog tu. Tapi lain bg blog ni.
Disini aku rasa lebih tenang meluahkan apa yang aku rasa. memikirkan kemelut di blog tu, aku inagt nk bt blog baru tp fikir punya fikir apa salahnya aku guna blog lama.
Entahla...byk masalah tul hingga menganggu ketenangan hiudp aku. mungkin dh banyak lupa pada Allah. tu salah aku. Mudah-mudah Allah buka jalan bt aku.
Bt fir dan samurice, jgn riuh kt broshy.blogdrive.com kata aku menulis disini kembali(broshy 1) . Aku takut ketenangan aku hilang seperti berada di broshy.
Posted at 10:06 pm by bro_shy
Thursday, September 22, 2005
:: http://broshy.blogdrive.com
untuk perhatian semua. ANda juga boleh melayari
http://broshy.blogdrive.com untuk perkembangan terbaru bro shy. Laman baru ini hampir siap ape2 pon ia boleh dilayari. jemput ke sana. laman web ni masih lagi di gunakan.
Posted at 01:16 pm by bro_shy
Monday, July 04, 2005
|hapi belated besday to me...june 10
Posted at 04:54 pm by bro_shy
Monday, May 30, 2005
:: A K A N D A T A N G J U N E 10 ::
Posted at 01:45 pm by bro_shy
Wednesday, May 18, 2005
:: Selamat pengantin baru Syakir ::
ermm...lama bebebor tak masuk. Windu dan rindu kt korang ....suma
skrh aku dok sibuk bt website di Sahabat Alam malaysia. Ala...biasa jerk web tu
edit jerk....nk tgk? klik la http://www.foe-malaysia.org.my
sebenarnya aku nk citer pasai member aku sorang ni. br jerk kawin. dlm tahun ni byk member yg rapat2 dgn aku bertukar status....mak oi...kawen tu...yela rezeki dh sampai...amik jela kalu dh mampu hehehe...seronok tgk diorg kawen. aku? hehehe belum lg nampaknya....takde calon...
bkn xnk cr...biarla dulu jap..bg settel beberapa perkara dulu
erm...disini aku nk ucapkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru bt member aku, muhammad izuddin syakir atau "mat cat" dengan pasangannya, norhasimah bt mohd dzinan. aku yang masih bujang solo ni heheh mendoakan agar korang berdua sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki sentiasa. Selamat pagi baru!!
gambar nt aku letak..taktau nape eror lak
Posted at 06:22 pm by bro_shy
Thursday, February 10, 2005
:: Hapi New Year of Hijrah 1426 ::

Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabtku, semoga ditahun ini kiat lebih dirahmati dan jadi hamba yg soleh. Aku skrg tgh erjuang dlm meyipakan keje2 projek thn akhir aku yg bertimbun...doakan aku dapat berjaya dan dapt grad thn ni.sayang korang suma!
Posted at 12:23 pm by bro_shy
Tuesday, February 01, 2005
Hikmah Kembara
Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa
Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia
Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah...
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan...
Fikirkanlah...ke mana arah kita
Renungilah...
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya...
Ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah...
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia.
Lagu: Firdaus Mahmud
Lirik: Syah Rizal Mohamed, Muhammad Akmaluddin Samsudin
Producer: Syah Rizal Mohamed
Vocal Arrangement: Mirwana
Music Arrangement: Firdaus Mahmud
Posted at 11:09 am by bro_shy
Thursday, January 20, 2005
:: sELAMAt haRi RayA AiduladHA ::
erm....hari ini aku dh nk balik raya...entahla..seronok pon ada, lain rasa pon ada gak. Yela...tanpa seseorang disisi pastinya buat hari raya tak lengkap. Boleh gembira tp there something missing in my heart tu dia....aku speaking hehehe
tadi aku baru jerk lepas proses interview dengan jobstreet.com utk mengisi 10 jawatan kosong di syarikat diaorg. jawatan kosong tu ialah software engineer, database admin pendek kata semua yg related dgn database , org tu yg dia nk. So oleh sbb ramai yg dtg, dia bt ujian dulu utk saringan. Aku?<BR>
hehehe....leh al jwb sikit....sbb aku lebih pada bab design2 ni cam desgin web, multimedia camtula....more on visual basic project la....enthala..maybe rezeki aku kat temapt lain kot. mana tau aku jd jutawan satu ari nt. Bill gate pon tak pass U kan?
xpelah....malas nk berdebat. ape2 pon istimewa buat anda semua,
selamat hari raya aidul adha...hahahaha- bro shy and family from taiping, PK
Posted at 11:59 am by bro_shy
Wednesday, January 05, 2005
:: TsunaMI: episod- PErjal@nan bantuan kemanusian ke K0ta Kuala MUda ::
Bismillah hir rahman nir rahim (nk baca lg?klik
www.broshy2.blogdrive.com)
ALhamdulilah..syukur dpt kembali ke blog aku -"kedamaian disini lagi"
rindu rasa yer...malumla agak sibuk dgn keje2 yg aku tak dpt diceritakan...tu dia hehehe
arini aku tak sehat sgt entah la bgn pagi td,selesema jerk sampai skrg ni...eh2..sian aku
erm...sabtu lepas, aku join program..la, program khas utk bdk2 laki pers. aku...
so pagi tu mula dlm kul 830 pagi..mula dgn sessi taaruf then terus solat dhuha. pas solat kami disajikan dgn pengisian dr saudara nabil from UIA. dia wakil pers. dr UIA. dia mengutarakn siapakah sukarelawan muslim dan dia ni penah ke afganistan utk misi bantuan dibwh Global Peace Mision(GPM).
Pada ptgnya program berkaku tidak seperti yang dirancang. Pada mulanya kami dijangak akn turun memberi bantuan di Bagan Jermal tak jauh dr batu feringghi tetapi setelah syakir mendapt maklumat bahawa Kawasan Kota kuala muda lebih memerlukan, so kami pon decide utk pi sana.
Selepas zohor, kami berkumpul kembali. dalam pukul 3, kami semua bertolak dengan menaiki dua van. All boyzz....
setelah hampir sejam, kami pon tiba di kuala muda tp bkn kota kuala muda. Kami ingat dh sampai tp rupanya ia bkn tempat yg kami hendak tujui. Kuala muda pon terkena gak cuma tak seteruk di Kota kuala Muda. Kami di sambut oleh ustaz Hassan yg kebetulan sedang menunggu rombangan Global Peace Misson dan mercy kalu tak salah. Dia la banyak memberi penjelasan. Kebanyakan penduduk di situ dh byk pulang. Diorg dok sekolah sebagai langkah berjaga2 , takut tsunami berulang lagi. Kerajaan pon dh keluarkan arahan. Lepas tgk2 kawasan sekolah yg menjadi tmpt berlindung mangsa. Usatz hassan mengajak kami utk melihat kota kuala muda yg tak jaug dr situ. Dalam perjalanan, kami sempat singgah perkena cendol. saja nk meraikan pelawaan usataz hassaan. nt dia kata apelak...kan?
so lepas kenyang makan cendol pulut (sedap lak), kami pon bertolak. Ustaz Hassan suruh kami ikut anak buah dia ke kota kuala muda sbb dia perlu kembali ke kuala muda sbb dia perlu menunggu rombangan GPM dr KL sampai. Kami pon berpisah dan meneruskan perjalanan. erm...jalan ke Kota kuala Muda jd JAM(sesak) sbb ramai org berpusu2 nk pi ke tmpt kejadian.Lama gak la ade dlm van tu tp nasib baik la...ade bekalan makanan yg Diberikan oleh Restoren Nasi KAndar Subaidah sewaktu Di masjid USM. Diaorg pon bt amal dgn jual makanan sambil menderma kepada org ramai. (bersambung)
utk lihat video sewaktu tsunami berkalu sila klik :
http://usm.net.my/yncr/modules.php?name=Internet_TV
Posted at 11:24 am by bro_shy